Panduan Memilihnya…
Nilai sebentuk cincin terlalu bermakna buat yang menerima. Cincin pertunangan melambangkan sebuah janji, cincin pertunangan pula membawa makna bahawa janji tersebut telah dipenuhi iaitu melalui pernikahan itu sendiri. Janji untuk saling mengasihi, berkorban, setia, dan bersedia untuk sehidup semati.Kehadiran cincin yang setia di jari pasti mengingatkan kembali memori sewaktu pernikahan.
Di sebalik nilai dan erti sebentuk cincin, reka bentuk yang bagaimanakah yang sesuai dipilih bagi membolehkan ia sentiasa tersarung di jari manis pasangan sepanjang masa dan selamanya? Berikut merupakan beberapa panduan untuk dikongsi. Meskipun anda memilih emas, platinum atau cincin berlian sekalipun, cincin anda seharusnya mencerminkan gaya, keperibadian, dan cita rasa anda.Ambil kira tentang 4cBanyak jenis batuan boleh dipilih bagi menghiasi cincin pernikahan. Namun berlian masih menjadi pilihan utama cincin pertunangan dan pernikahan.
Ada empat ‘C’ yang harus diperhatikan ketika membeli berlian iaitu ‘Cut’ (potongan), ‘Clarity’ (kejelasan), ‘Colour’ (warna), dan ‘Carat’ (karat).
♥ Cut adalah karakteristik yang terpenting. Keindahan sinar dan gemerlapnya berlian terletak pada potongannya. Karakternya yang keras membolehkannya dipotong dengan bahagian hujung bawah yang meruncing.
♥ Clarity merupakan kejelasan dan kebeningan berlian. Semakin tiada cacat cela, maka semakin mahal berlian tersebut.
♥ Colour merupakan warna pada berlian. Yang dicari adalah berlian polos. Grade yang digunakan untuk menunjukkan tingkat kebeningan berlian tertinggi adalah D, sementara Z adalah yang terendah atau dalam kata lain, yang paling tidak bersih/ ‘kotor’.
♥ Carats adalah penunjuk berat dan ukuran berlian.
No comments:
Post a Comment