Sunday, April 24, 2011

Antara Sebab Penghalang Rezeki

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tiada menolak akan kadar itu melainkan doa dan tiada menambah pada umur melainkan kebajikan

kerana bahawasanya lelaki diharamkan dia daripda rezeki dengan sebab dosa yang mengenai akan dia."




Melakukan dosa akan menyebabkan terhalang daripada rezeki dan tidur pada waktu subuh juga akan

menghalang rezeki kerana banyak tidur akan membawa kepada kepapaan, papa pada sudut harta

dan papa pada sudut ilmu.


Antara perkara yang membawa kepada kepaaan adalah :


1. Tidur sambil telanjang

2. Kencing telanjang

3. Makan dalam keadaan berjunub

4. Makan sambil menyingking atas lambungnya

5. Bermudah-mudah dan membiarkan dengan tumpahan daripada hidangan nasi, roti dan umpamanya.

6. Bakar kulit bawang putih dan bawang merah

7. Menyapu rumah dengan kain

8. Menyapu rumah pada waktu malam

9. Membiarkan sampah pada rumah

10. Berjalan-jalan di hadapan orang-orang tua

11. Memanggil kedua ibubapa dengan nama keduanya

12. Mencungkil gigi dengan tiap-tiap kayu

13. Membasuh tangan dengan selut dan tanah

14. Duduk atas direning pintu

15. Bergantung-gantung atas salah satu daripada dua keping papan pintu

16. Berwudu' di tempat qada hajat

17. Menjahit kain yang di atas tubuhnya

18. Mengeringkan basah-basah muka dengan kain yang dipakainya

19. Membiarkan sarang labah-labah pada rumahnya

20. Bermudah-mudah dengan solat

21. Segera keluar daripada masjid setelah solat subuh

22. Berpagi-pagi ke kedai dan lewat pulang dari kedai

23. Berdoa dengan kejahatan ke atas anaknya

24. Tidak menutup bekas makanan

25. Menghembus pelita dengan mulut

26. Menyurat dengan pen yang diberkas

27. Menyikat dengan sikat yang patah

28. Tidak mendoakan kebaikan kepada kedua ibubapa

29. Membelit serban sambil duduk

30. Memakai seluar sambil berdiri

31. Terlalu jimat

32. Boros

33. Pemalas

34. Bermudah-mudah dalam setiap perkerjaan


-petikan daripada Kitab Taalim al Mutaalim Fi Tariq al Taalum, oleh al Allamah Syeikh Burhanuddin al Zarnuji

-wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

JuSt Liana

JuSt Liana